Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Blog ini diwujudkan bagi satu catatan yang boleh dikongsi bersama dalam dunia pendidikan khas bagi pemulihan 3M, membaca, menulis dan mengira. Semuga apa yang dipaparkan dan dibincangkan akan dapat memberi menafaat kepada semua pengunjung blog ini. Segala kebaikan semua datang dari Allah dan kelemahan itu datang dari diri saya sendiri.

Friday, 14 October 2011

Asal Usul Pendidikan Khas - Jean Mac Gaspard Itard (1775-1838)

       Itard seorang doktor perubatan Perancis dilantik untuk merawat serang budak berumur 12 tahun  bernama Victor. Victor dijumpai merayau dalan hutan dan tidak pernah berinteraksi dengan mnusia. Dia digelar " Wild Boy of Aveyron" dan didapati pekak dan bisu dan ramai pakar pada masa itu tidak yakin bahawa budak itu boleh diajar.

Selama lima tahun Itard mengajar Victor kemahiran asas seperti memakai baju, menjaga kebersihan diri, bertutur dan bercampur gaul dengan orang lain. Itard sungguh kecewa dengan kemajuan yang dicapai sehingga ia mengaku telah gagal. Akhirnya dengan mengambil masa yang lama dan banyak kesabaran, Victor berjaya mempelajari huruf-huruf abjad, maksud banyak perkataan serta boleh menjaga diri sendiri. Melalui usaha Itard ini muncul kesedaran bahawa kanak-kanak keperluan khas boleh diajar jika diberi perhatian.

No comments:

Post a Comment