Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Blog ini diwujudkan bagi satu catatan yang boleh dikongsi bersama dalam dunia pendidikan khas bagi pemulihan 3M, membaca, menulis dan mengira. Semuga apa yang dipaparkan dan dibincangkan akan dapat memberi menafaat kepada semua pengunjung blog ini. Segala kebaikan semua datang dari Allah dan kelemahan itu datang dari diri saya sendiri.

Friday 14 October 2011

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN 3M

aEmosi dan Tingkah Laku
-    perasaan risau dan rendah diri.
-    perasaan sedih atau hiba atau duka.
-    cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
-    perasaan takut akan perkara-perkara baru.
-    degil, tidak patuh kepada peraturan-peraturan.
     dan suka melawan.

b.  Kesediaan  Belajar
-    belum bersedia untuk belajar.
-    perbendaharaan kata kurang.
-    lemah pemahaman.
-    kurang percaya terhadap diri sendiri.

c.  Sosial
-    gelisah dan selalu bergerak didalam kelas.
     serta menganggu kawan-kawan.
-    murid-muri lain benci kepadanya.
-    selalu tidak hadir kesekolah dengan pelbagai 
     alasan.
-    berbohong dan kadang-kadang mencuri.

d.  Kesihatan
-    lemah tubuh badan dan kurang zat makanan.
-    tumpuan perhatian terhad.
-    pertumbahan badan tidak seimbang.
     (gemuk,kurus).
-    lemah gerak moto-kasar dan halus.
-    kesihatan kadang-kadang terganggu.


e.  Pengamatan semasa belajar
-    tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan.
-    lemah pendengaran bunyi.
-    keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
-    lambat mengelaskan benda.
-    kesukaran mengaitkan pelajaran dengan yang
     lama dengan baru.
-    tidak dapat menyelesaikan masalah.
-    sukar membuat kenyataan am.
-    sukar ambil bahagian dalam permainan dan 
     tidak faham undang-undang.
-    tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif.
-    lemah pergerakan dan perbuatan.
-    lemah daya pemikiran.
-    tidak boleh mengingat kembali.


Sumber: Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
                 Jabatan Pendidikan Khas, 1999



Asal Usul Pendidikan Khas - Jean Mac Gaspard Itard (1775-1838)

       Itard seorang doktor perubatan Perancis dilantik untuk merawat serang budak berumur 12 tahun  bernama Victor. Victor dijumpai merayau dalan hutan dan tidak pernah berinteraksi dengan mnusia. Dia digelar " Wild Boy of Aveyron" dan didapati pekak dan bisu dan ramai pakar pada masa itu tidak yakin bahawa budak itu boleh diajar.

Selama lima tahun Itard mengajar Victor kemahiran asas seperti memakai baju, menjaga kebersihan diri, bertutur dan bercampur gaul dengan orang lain. Itard sungguh kecewa dengan kemajuan yang dicapai sehingga ia mengaku telah gagal. Akhirnya dengan mengambil masa yang lama dan banyak kesabaran, Victor berjaya mempelajari huruf-huruf abjad, maksud banyak perkataan serta boleh menjaga diri sendiri. Melalui usaha Itard ini muncul kesedaran bahawa kanak-kanak keperluan khas boleh diajar jika diberi perhatian.